dari sisi aku. disini.
dan ingatkah? pernah aku khabarkan bahawa aku hanya gadis biasa yang masih bertatih mencari redha lalu.. biar aku akui.. aku mungkin bukan mawar berduri, yang kau cari-cari.. harum dan berseri.. utuh memagari diri dan melukai tangan yg cuba menodai.. tetapi diri hanya teluki.. yang mungkin hanya mampu mengasingkan diri.. teluki yang tak digemari.. aku mungkin tak seindah dan seharum mawar.. namun aku masih punya sisi yang indah.. itupun jika kau mampu menghargai keindahan dan keunikan ciptaan Tuhan.. -tersenyum-melihat-langit- sungguh,kau adalah hati yang ingin ku bawa hingga ke syurga.. dan aku pasti,syurga pasti lebih indah buat kita, bila kita bersama..