why me..
ibu..
hari ni,sudah berapa kali anak ibu menangis..
menangis menahan kesakitan..
sakit itu datang lagi ibu..
meskipun sakit itu tak pernah hilang,
tp entah kenapa malam yg anak ibu lalui semlm,
melebihi kudrat anak ibu utk menahannya..
bukan sekali dua benda sebegini berlaku..
tp entah mengapa anak ibu masih tidak lali lagi,,
dan disebabkan itu,
anak ibu tak dapat menahan lagi..
lalu..
anak ibu menangis lagi..
ibu..
maafkn anak ibu ini..
kerana tidak mampu menahan dan bertahan atas
kesakitan dan kepayahan yg Dia kirimkan sbg ujian..
sehinggakan anak ibu hanya mampu menggagahkn diri,
menghadiri hanya satu kelas shja pd hari ini..
anak ibu berasa sgt pedih,
sangat sakit..
sehinggakan anak ibu tidak mampu utk berfikir apa..
melainkn hanya mahukn kesakitan ini hilang dgn secepat mungkin..
ibu..
ibu selalu berkata yg Allah tidak akn menguji hambaNya,
lebih dpd kemampuannya..
anak ibu sedar akan hal itu..
dan anak ibu akur serta redha..
bkn baru sahaja anak ibu diuji dgn sakit dpd penyakit ini,
penyakit yg tidak ada ubatnya,kata doktor..
tp jika Dia izinkn utk sembuh,
tidak mustahil kn ibu?
tapi ibu..
setelah bertahun anak ibu diuji dgn sakit ini,
ada masa-masanya anak ibu tidak tertahan,
lalu air mata ini sering mengalir deras..
memikirkan bila agaknya diri ini akan pulih sepenuhnya..
tapi anak ibu tak kisah,
sebab ibu selalu pujuk,
ibu katakan yg sakit itu kafarah dosa..
bahkan jika hambaNya tertusuk even satu duri,
itu juga disebabkn Dia mahu dosa hambaNya digugurkan..
ibu..
benarkah anak ibu berada dlm ujian Nya?
anak ibu sering kali menangis jika kesakitan itu melebihi
kekuatan anak ibu..
tapi ibu..
kadang kala air mata ini juga menangis bila mana,
anak ibu terfikir,
sebenarnya anak ibu tidak diuji pun..
anak ibu hanya tahu merungut..
mengeluh..
mengandaikn diri ini dlm ujianNya..
sedangkan betapa ramai lg di luar sana,
yg dugaannya jauh melebihi apa yg anak ibu lalui sekarang..
meskipun satu demi satu ujian hadir,
menambahkan lg perit yg sedia ada..
ibu..
nak dapatkn syurga tu memang bukan senang kan ibu?
penuh onak dan duri..
penuh ribut dan anginnya..
tapi ibu sering cakap,
kerna Dia awal-awal lagi sudah memberitahu,
adakah kita senang-senang katakan yg kita sudah beriman,
sedangkn diri mereka belum lagi diuji?
dan kerna nikmat syurga yg terlalu tinggi itu lah,
kita perlu dikenakan sedikit bayaran..
sebelum kita memperolehinya..
ibu..
''anak ibu kuat kn?''
anak ibu benar-benar rindu utk mendengar kata-kata ibu sebegini..
meskipun jarak beribu-ribu batu memisahkan kita,
tp atas dasar cinta kita kerna Dia,
kita tidak pernah rasa berjauhan...
anak ibu rindu kn ibu..
rindu sangat..
moga Allah sentiasa melindungi dan melimpahkan rahmat
dan kasih sayangNya sentiasa pd ibu dan ayah..
salam cinta dan rindu dari iskandariah,
anakandamu
because Allah knows you can do it, dear. and yes, He wouldn’t test us with something that He knows we couldn’t bear. so please wipe your tears and have faith that no matter what happen, He will always be there, through our thick and thin. because indeed, He never leave us, even for a step. so dear, be strong for Allah is showing His loves and mercy by testing you. He misses you, He loves you. thats why :')
Comments
Post a Comment