jangan pernah takut...


segala puji-pujian bagi Allah..Tuhan pemilik sekalian cinta..
 just finished one of the mid term exam paper today..
Alhamdulillah,masih diberi peluang utk curi2 masa utk blog ni..
wanna give some rest for this mind (konon)
sungguh,minggu2 kebelakangan ini,ana rasakan bagaikan suatu ujian buat ana..
ujian dari segi kesihatan dgn dislocated ankle,
ujian dari segi mental n fizikal dek quiz dan exam mid term yg berterusan..
-dentist alex,born to answer the non-stop examS (-..-)-
ujian dlm usaha utk mengislahkn qulub..(sigh)
dan ujian dlm menjalankn tanggungjawab sbgai hambaNya 
dgn penuh istiqamah dan mujahadah dlm memburu mardhotillah..






itulah manusia..
baru dicuit sikit,dh kata diri sentiasa menerima ujian..
sedangkn jika dibandingkn dgn yg lain,Allah....jauh sekali taraf ujian yg diberi..
dan hari ini,bumi Gaza bermandi darah lagi..
every single day,the palestines bermati2an mempertahankn akidah dan tanah mereka..
without knowing which action will take their live..
but they are never afraid of what israel laknatullah will do to them..
kerana mereka meletakkn Allah dlm kedudukan yg paling tinggi dlm hati mereka..
kerna mereka fahim dan sedar bila mana diri mengakui
tiada Tuhan melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya,
mereka pasti diuji..
begitu juga dgn kita..turut akan diuji..cuma ujian itu,hadir dlm pelbagai bentuk..
bergantung pada diri,keadaan dan kemampuan hambaNya..
dan jika kita sedar akan kata-kataNya,
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3),
hati ini pasti akan akur,redha dan tenang dalam ujianNya..



GAZA-UNDER-ATTACK


bila bercakap soal Gaza diserang,hati ini umpama dirobek2..
belum lagi lihat gambar2 anak2 kecil yg putus anggota2 dek bedilan roket oleh israel laknatullah..
di muka buku,penuh dgn kata2 semangat utk penduduk Palestine,
penuh dgn video2 utk menuntut kita,ummat Islam mendoakn keselamatan saudara2 kita di sana..
hari2 kita diingatkn utk keep on praying,jgn lupakn doa qunut nazilah,
sekurang2nya ada sth yg kita sumbangkn..
tapi,adakah segala sumbangan kita terbatas hanya setakat itu sahaja?
maksud ana,apa gunanya jika di muka buku,
kita sibuk meng-update post2 berkaitan dgn Palestine,
tp kemudiannya,kita masih kekal dgn minda under jajahan bangsa mereka?
kita masih berpakaian seperti bangsa mereka,
dgn aurat ditutup setakat biasa2 sahaja..
solat fardhu pun kadang2 ada yg tertinggal,kalau solat pun diakhir waktu..
belum lagi bercakap mengenai solat dhuha atau amalan2 sunat yg lain..
bangun utk qiam jauh sekali..
Quran pun lupa bila kali terakhir kita baca..
akhlak kita sesama kita pun kadang2 mampu menerima umpatan dpd org lain,
dan kebanyakkan isi perbualan dlm perbualan seharian,
masih lagi dipenuhi dgn perbualan2 kosong yg kadang kala terselit sekali dgn umpatan atau fitnah..
nauzubillahiminzalik..
jadi,macam mana tu?



 '' Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan
dan senda gurau, dan perhiasan dan bermegah-megah antara kamu,
dan berbangga-bangga tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian ia menjadi kering, maka kamu melihatnya kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu..'' 

-Al Hadid; 20-



bagi ana,dalam diri kita masih lagi punya ketakutan.
ya..ketakutan utk berubah..
ketakutan utk menegakkan apa yg sepatutnya kita tegakkn semenjak dahulu lagi..
takut utk berubah ke arah kebaikan,yg mana perasaan takut itu akhirnya menjadi kudis dalam diri..
kita lebih rela utk menjadi orang yg biasa2 dalam mengamalkan ajaran Islam,
daripada menjadi hambaNya yg berlumba2 memperbaiki diri,
utk menjadikan Islam itu adalah cara hidup kita secara totalnya..
Islam itu adalah nikmat terhebat yg Dia kirimkan buat kita..
jd,mengapa kita perlu berasa malu atau takut utk 
betul2 mengamalkan apa yg sepatut diamalkn?
setiap satu ajaran yg disampaikn dlm Islam,disertai dgn jutaan hikmah..
dan dengan hikmah itu juga lah akhirnya mampu menjadikan kita seorang hambaNya yg hebat..
dan dengan kehebatan ajaran Islam dan bimbingan Rasulullah la,
lahirlah pejuang2 Islam yg gagah lagi macho,
yg mana dgn kehadiran mereka inilah,Islam tersebar dan menguasai hampir 2 per 3 dunia..
jadi,peringatan utk ana dan utk kita semua,
di mana sebenarnya kita letakkan Allah dan Rasulullah dalam hati kita..
jika benar kita katakn kita mencintai Allah dan Nabi,
pasti kita akan turut sama mencintai segala sesuatu yg berkaitan dgnnya..
segala suruhanNya kita laksanakn dgn sehabis baik..
laranganNya kita jauhi sehabis jauh..
berhenti lah berasa takut  dgn memilih utk jd org biasa2 dan jadilah orang yg luar biasa yg mana 
matlamatnya tinggi,yakni
bermatlamatkan SYURGA FIRDAUS dan bukan setakat hendak masuk ke syurga..
tapi yg pasti,dgn rahmatNya jua lah akan menjadi asbab kita dimasukkan dlm syurgaNya..
bukan kerna amalan kita..







akhir kata,
suka untuk ana kongsikan sedikit kata2 daripada sheikh yg sgt ana segani,
As Syahid Sheikh Ahmad Yassin,
pejuang tegar Palestine yg mati syahid dlm memastikan kemerdekaan bumi Palestine khususnya..
pesanan buat pemuda ;








'' Wahai anak-anakku,telah tiba masanya kalian kembali kepada Allah,
dengan meninggalkan pelbagai keseronokan,
dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkan jauh daripada hidup kalian..''





-semoga Allah pandang usaha kita dalam berubah ke arah cintaNya-

Comments

Popular posts from this blog

the craziest gurl that had own my heart..

.jika benar cinta.

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..