Posts

Showing posts from February, 2012

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

Image
Dan, kerana Allah, bersabarlah. Walaupun itu sangat melukai hatimu, dan kerana Allah, bersabarlah… walaupun itu membuat hatimu luluh dan lelah, dan kerana Allah, bersabarlah… bila ada hal membuat kamu ragu-ragu dan keliru, namun kerana percaya pada Allah, maka bersabarlah.. dan kerana yakin pada Allah, maka bersabarlah… dan kerana Allah, maka bersabarlah.. tiada ketentuan yang sia-sia. tiada ujian yang melebihi kemampuan. tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuan-NYA. tiada air mata yang kering tanpa diketahui-NYA. Dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar, Maka pujuk hatimu, dan kerana Allah, bersabarlah…

untitled.

Image
Ya Rabb, jika untuk sekelian kalinya aku harus melihat orang yg aku cinta bersama yang lain, maka lapiskanlah lagi hatiku  dengan kebahagiaanMU.. agar aku bisa turut bahagia melihatnya.. berikanlah kekuatan MU.. aku menunggu..aku menunggu.. dan aku percaya bahawa rencana MU seribu kali lebih indah.. HATI.  jangan kau taksub dengan cinta dunia.  cinta itu sementara.  mungkin kau tak bisa dapat cinta sesama manusia,  tapi penuhkan lah cinta itu hanya untuk… Si Dia Yang Maha Esa.. Allah lah yg memegang hati ini.. andai hati ini terluka, ingatkan ia tentang Penyembuhnya, agar Dia titipkan penawar bisa.. andai hati itu kecewa, ingatkan ia tentang Pelindungnya, agar Dia usirkan segala duka.. andai hati ini terpalit dosa, ingatkan ia tentang Pengampunya, agar Dia bersihkan debu noda.. andai hati itu gundah gelana ingatkan ia tentang Pentadbirnya, agar Dia menghembuskan tenang ke dada.. C

that's not sth that we called love

Image
‎ Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,  tak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya… kerana Allah teramat mencintainya.. tetapi, andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?  Allah seperti melepaskan kita kepada manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.  Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,  bermakna Allah mahu mengambil kita kembali untuk dijaga-Nya… mengapa harus ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari.. Insya-Allah, ...