coretan ku buat Mu..

kadang kala..
emosi sangat mampu mempengaruhi..
tika kita gembira,
segalanya pastinya keindahan yg terlihat..
tika kita bersedih,
segalanya pastinya kekelaman yg terukir..
tika kita tertekan,
segala keserabutan dirasa pasti..


cinta..
itu suatu yang sangat ajaib bagiku..
kerna dengan cinta,
segala yang kelam,
bertukar menjadi indah..
segala yang serabut bertukar menjadi tenang..
segala yang lemah,
bertukar menjadi kuat,bersemangat dan penuh kekuatan..


Allah..
pastinya Engkau tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia..
daripada sekecil-kecil zarah,
hingga sebesar-besar angkasa..
semuanya penuh dengan hikmahMU..
semuanya penuh dengan nikmatMU..
semuanya penuh dengan kebijaksaanMU..
jika hambaMU ini mengetahui..


Tuhanku..




sesungguhnya Engkau benar-benar memahami setiap sesuatu..
setiap bait-bait di hati ku..
setiap sedih,tawa ku..
setiap geram dan baranku..
lebih dari diriku sendiri..
lebih dari kaum kerabatku sendiri..
tika ku menjauh,
Engkau tidak pernah pergi dariku..
tika ku terjatuh,
Engkau yang pertama di sisi ku..
tika ku menangis,
Engkau kekal mendengar rintihan dan aduan ku..


Cintaku..
sungguh..
aku rindu padaMU..
sungguh..
aku dambakan cintaMU..
sungguh..
aku perlukan diriMU..
setiap waktu dan tika..
tanpaMU..
aku rapuh Ya Allah..
tanpaMU..
aku tempang..
kuatkan aku Ya Rahman..
dengan cintaMU..
kerna cinta MU merupakan antara yang paling ajaib pernah ku rasai..


jangan pernah tinggalkan aku,
duhai cintaku Yang Maha Agung..


Sungguh. 
Melihat 'dia' aku cemburu. 
Ingin sekali aku jadi sepertinya. Bersih dan suci mukanya tanpa sebarang make up. Natural. Putih dan bercahaya. 
Bukan luaran yang aku dambakan, tapi akhlaknya membuatkan aku tergugat. Terdetik dalam hati, "Ya Allah, solehahnya dia.." Manis dengan senyuman. 
Baik hubungannya dengan Tuhan. Aku biarkan perasaan ini. Andai perasaan ini dapat membawa aku mendekatiNya, meningkatkan ketaqwaan ku padaNya, aku redha ya Allah. Teringin sekali aku mendekatinya, alhamdulillah kami sahabat baik. Saat bertemu bagai tidak mahu melepaskan dia pergi, pergi jauh dariku. Kerana aku bimbing aku kian leka dengan dunia, alpa terhadap perintahNya. Ya Allah, aku mohon kau peliharalah ukhwah kami.. 
Sungguh, teringin sekali aku mengikuti jejak langkahnya di mana tiada seorang pun lelaki cuba 'mencuri' hatinya. Andai aku seperti Rabiatul Adawiyah, yang hati dan cintanya hanya untuk Allah..

-iluvIslam-

Comments

Popular posts from this blog

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

mengapa mengeluh (copy pastew from kak madi ^^'' )

kerana Allah..