stesen terakhir..
Bismillah..
pesanan utk diri :
tinggal lagi 20minit jam akn beranjak kpd pukul 12 am..which means tgl lg kurang dpd 11 hari lg masa utk ana menghabiskan sisa baki ana di tanah air terchentaaaaa ini di samping nikmat bersama keluarga..
bila dok renungkan balik,rasanya baru semlm ana berlepas ke alexandria dan rasanya baru sebentar td ana dgn mata bersinar2 bergumbira dlm pelukan keluarga slpas menjejakkn kaki kembali ke tanah air selepas hampir setahun ana bergelandang (ayat~) di bumi anbia..dan kini,rela atau tidak,huk3, ana akan kembali semula ke sana ,ke medan tarbiah yg terbaik..
times rasa bukan lg sure fly, tp rasanya masa mcm naik roket pula..punya la pantas masa berlalu..tp dlm mengagumi kepantasan masa yg mengalahkan kepantasan usain bolt tu,tiba-tiba ana berasa seram sejuk..gementar pun ada juga..yelah,masa semakin hari semakin pantas bergerak..tp adakah kita perasan yg sebenarnya kita perlu rasa takut dengan peningkatan tersebut? sebab takut2 ia akan melalaikan kita dgn perkara2 tidak sepatutnya menjadi fokus kita..emmm..
'' Segeralah melakukan amal soleh
(sebelum kalian disibukkan dengan) berbagai fitnah..''
(sebelum kalian disibukkan dengan) berbagai fitnah..''
- Rasulullah SAW -
lagi..
'' Bersegeralah kalian kpd keampunan dari Tuhan
kalian dan kepada syurga...''
- Ali Imran : 133 -
dan lagi..
''.....sesungguhnya mereka adalah orang
yang selalu bersegera dalam melakukan kebaikan..''
- Al- Anbiya' : 90 -
- Al- Anbiya' : 90 -
semua ayat menuntut kita bersegera..tp kita masih terhegeh-hegeh dlm bab ini?Okay,tetiba terasa..sob3..ana tengah bayangkan jika hari ini merupakan hari terakhir buat ana..jika sebenarnya Malaikat Maut sedang mengira masa shja sebelum menjalankan tugasnya dgn menarik nyawa hambaNya ini..Allahurabbi..sudah cukupkah amalan ana utk dibawa di padang masyar nanti? adakah masa ana benar-benar terisi dengan perbuatan-perbuatan yang mampu memberatkan timbangan amal ana?sudah cukup bersungguhkah ana selama ini utk memohon keampunan si Dia atas timbunan dosa-dosa yg ana lakukan selama ini? (air mata bergenang perlahan) meskipun ana baru sahaja berumur 19 thun (ketika entri ini ditulis..ehem), memang tidak menjadi suatu yg mustahil utk ana pergi meninggalkan dunia ini jika itu takdirNya..tetapi yg menjadi persoalannya,adakah ana benar-benar memanfaat yang diberi oleh Allah ta'ala selama ana hidup di bumiNya dgn semaksimumnya?
jadi..jika benar-benar Allah lah yg berada di dlm hati kita, dan jika kita benar-benar sedar akan kepentingan setiap masa itu perlunya diisi dgn sebaik2 perbuatan,maka kita tidak akan berlengah-lengah dalam mencari redhaNya..hidup ini sememangnya bertujuan dijadikan semata-mata utk mengabdikan diri padaNya tidak lebih dari itu..tp pengabdian di sini jangan lah kita sempitkan pemikirannya khusus kpd ibadah solat,puasa,haji,zakat semata-mata..sedangkan setiap satu pekerjaan yang kita lakukan seperti mkn,minum,mandi hatta menulis juga (ehem) jika diniatkan semata-mata kerana Dia,maka itu juga dikira sebagai ibadah..apatah lg setiap pekerjaan yg kita lakukan disertai dgn amalan sunnah Rasulullah..bukankah itu sememangnya cukup ahsan? :)
jadi,tidak mesti tidak,kita sudah kehilangan alasan untuk tidak menjadikan kita utk turut serta dlm perlumbangan mengejar mardhatillah kerana sesungguhnya rahmatNya sangat luas..(senyum sopan)
jika dikatakan kejayaan duniawi itu lg penting utk dikecapi berbanding beribadah kepadaNya, alamat ada something wrong la tu.. huk3..
bak kata ustaz kegemaran radio IKIM ;
jika dikatakan kejayaan duniawi itu lg penting utk dikecapi berbanding beribadah kepadaNya, alamat ada something wrong la tu.. huk3..
bak kata ustaz kegemaran radio IKIM ;
'' Satu ketika kita akan rasa harta itu penting,
adakalanya kesihatan,
atau kasih sayang,
dan lagi suka kalau anak cucu berada di samping kita..
kemudian akhirnya amalan..
tapi jika kita sedar tujuan perjalanan kita adalah amalan,
kita akan dari awal lagi sudah tuju ke arahnya..
tanpa mengabaikan yg lain..
itu..saranan dalam Islam..''
- Ustaz Muhammad -
- Ustaz Muhammad -
Kita sendiri adalah
penulis penamat
cerita kita
di akhirat
sana..
samada
jannah atau
neraka..
penutup kata,majulah sukan demi negara..eh..silap..
jika ini adalah stesen terakhirkita pilihlah cara mana yg ingin kita mati dgnnya..
pesanan utk diri :
entri baik punya taip,tapi niat nak khatam dua tiga kitab dlm cuti ni pun tercungap-cungap..adeh..
Comments
Post a Comment