peliharalah hati mu..


bismillah..

salam alaik..

dalam seharian kita meniti hari yg tak pasti ini,
hati kita psatinya sentiasa berdepan dgn
'battle' hati..
di mana tiap kali hati ingin menjadi baik,
pastinya akan dihalang dgn pelbagai dugaan..
hati yg dahulu nya putih bersih,
telah berubah warnanya dek kerana palitan pelbagai unsur2 mazmumah..
oleh itu,
sentiasa lah muhasabah kan diri,
agar hati kita sentiasa berada dlm keadaan putih bersih,
sesuci hati miliknya seorang anak kecil..
wallau'alam..

Berikut beberapa panduan oleh Imam Al-Ghazali bagaimana mengelakkan hadirnya sifat sombong di dalam hati.

Pertama
Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Kedua
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

Ketiga
Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.

Keempat
Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Kelima
Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Keenam
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.


semoga usaha kita utk memelihara hati dipermudahkan Allah S.W.T..
insyaAllah..

Comments

Popular posts from this blog

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

mengapa mengeluh (copy pastew from kak madi ^^'' )

kerana Allah..