aku malu..


Rasa bersalah semakin menghambat diri..
Hati semakin tercarik-carik..
Jiwa umpama terseksa dgn seribu satu sesalan..
Semuanya gara-gara membiarkan diri dirajai oleh nafsu sendiri..
Akibatnya ,masa untuk bermadu kasih bersama
Yang Maha Mengasihani di hening pagi,
Terlepas begitu sahaja..

Minda dan badan terlalu letih akibat musim peperiksaan,
Itu,aku gunakn sebagai alasan untuk berehat seketika..
Sekadar ingin melepaskan lelah dpd jadual padat yg terikat...
Hasilnya, buku ke mana..
Tahajud ke mana..
Ya Allah..
Aku malu terhadapMu Ya Allah...
Kau sentiasa bersama aku taktala susah mahupun senang...
Kau tidak pernah jemu mendengar aku mengadu..
Kau sentiasa ada untuk ku..
Tetapi aku,
Lantaran terlalu mengikut nafsu diri ku..
Aku sanggup membiarkn masa untuk bertahajud kpd Mu
Berlalu begitu sahaja...
taktala susah,ku bersungguh memohon,
manakala taktala senang aku bersambil lewa..
Ya Allah..
Malunya aku Ya Allah..


Duhai Tuhan yang kucintai.. 
Bantu lah aku Ya Allah..
Agar aku terus kuat untuk istiqamah dalam beribadat kpd Mu,
Dalam menuntut ilmu keranaMu,
Dalam berdoa merintih kpdMu..
Tidak kiralah ketika aku senang mahupun susah..
Lapang atau sempit..
Sihat atau sakit..

Bantulah aku untuk terus istiqamah mencari redhaMu Ya Allah..
Untuk terus menyemai benih cinta kpdMu..
Agar aku terus hidup dalam nikmat merasai
Manisnya iman itu..
Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat duhai Tuhan kami,
Yang Maha Mendengar dan Menerima Taubat HambaNya..





Comments

Popular posts from this blog

the craziest gurl that had own my heart..

.jika benar cinta.

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..