secantik bidadari..



dengan nama Allah, Tuhan pemilik seluruh cinta..





one picture, a thousand meanings..


ehem2..tgk gamba je,haa..ni mesti nak sentuh pasal kahwin..kn2..huk3..
actually niat ana ialah nk buat review psl i-fikr, under tajuk Sultan Muhammad al-Fateh.. tapi tetiba je bila nampak gmba ni,terus ana dgn pantas dan efisiennya menukarkan tajuk kpd secantik bidadari..
(senyum sopan)


tak perlu ana nak highlight kan siapa yg berada dlm gamba tersebut sbb rasanya semua dh sedia maklum..
tapi apa yg ana nk highlightkn di sini ialah kisah dan action yg diambil si gadis dan consequence yg brlaku dlm hidupnya .. tinggalkan apa yg kurang baik, utk berhijrah menjadi yg lebih baik..itu saranannya..



'' sesiapa yg berhijrah di jalan Allah,
pasti mereka mendapati di muka bumi ini, tempat hijrah yg luas
dan rezki yg banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya
dgn bermaksud berhijrah kpd 
Allah dan Rasul-Nya,
kemudian mati menimpanya,
maka telah tetap baginya ganjaran di sisi Allah.. ''

- al-Nisa' 4 : 100 -


jodoh...perlu dicari atau menunggu? ya jodoh itu adalah ketentuanNya..dan ya jodoh itu perlu diusahakan utk mendapatkannya..tapi usaha yg bagaimana? yakni usaha yg mana menepati syariatnya, bukan bertentangan dgnnya..like everyone used to said, kalau ingin yang soleh, diri ini perlu menjadi yg solehah terlebih dahulu..
dan ayat ini bukan hanya perlu difahami,tetapi perlu dipraktikkn utk mndapatkn hasilnya..jika diri belum bersedia utk ke gerbang perkahwinan,sekadar hanya mampu menjerit ke-excited-an plus ke-jelous-an taktala melihat gambar2 perkahwinan muslim muslimah, jadinya, tak perlu lah sibuk memikirkan siapa jodoh dan tak perlu menyibukkn diri dgn 'usaha' mncari jodoh...takut2 jodoh tak dapat, murkaNya pula yg kita dapat...nauuzubillah..yelah, jodoh ini membabitkn dua jantina yg brbeza, tidak mesti tidak, mesti akan ada masalah ikhtilat (pergaulan antara lelaki & perempuan) di situ jika tidak bijak utk menghandlenya...






lalu,siapa yg lebih kita cintai? hari2 kita mengucap kalimat agung ''tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah..'' tetapi berapa kali kita merenung sejenak, memikirkan ciptaanNya, bersungguh2 dlm beribadah kpd Nya..sedaya upaya utk mengikuti sunnah Nabi..dan mengeluarkan 
air mara dek merindui kehadiran Muhammad bin Abdullah,kekasihNya ???
jarang sekali...sedangkn Allah dan Rasulullah adalah dua cinta yg patut mendapat perhatian dan cinta kita..
tubuh kita yg sihat lg cergas umpama atlet sukan Olimpik London,eh, sepatutnya digunakan utk beribadah sebanyak yg mungkin padaNya..akal yg sehat sepatutnya digunakan utk mentadabbur ayat2 Quran serta alam ciptaNya..bukan hanya digunakan utk tujuan duniawi semata..kita mungkin risau smpai tumbuh uban jika tidak dpt keputusan mantap dlm exam..kita akn mnjdi sedih sesedih sedihnya (sedih sgt la tu) jika cinta manusia,hambaNya yg kita dambakan tidak dpt dimiliki,musnah dilandak ong-bak ombak tsunami..do all that contribute to our life in here after? tak perlu sibuk2 hntar msg pd ana bgtau jwpnnya,kerna sesunggunya Dia lebih mengetahui..bak kata seorang daie ni,jangan meninggal sebelum kita pasti kita sudah ada kediaman yg selesa di akhirat sana..yes, we're still young,but that's not the ticket to say that we still have time to repent to Him  cause we never know when will be our last breath..




ana teringat akan kata2 Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, kata beliau, '' ibadah itu cinta..berkasih-kasihanlah dengan Tuhanmu..'' (jantung berdegup kencang) terharu..
oleh itu duhai sahabiah yg ana cintai kerna Allah, usah takut utk berubah ke arahNya, menuju cintaNya,kerna nikmat cintaNya itu melebihi sekalian nikmat..usah malu utk mengubah cita2 anda kpd memburu mardhatillah (redha Allah) dgn menjadi muslimah solehah yg dicemburui bidadari syurga..usah malu ditomahkn dgn jolokan berpakaian seperti ketinggalan zaman,asalkan kita tidak berpakaian seperti mereka yg akhir zaman..usah takut utk berasa mengatuk pada keesokan hari jika diri bangun  menghadap Sang Pencipta di malam hari..biar mereka2 dlm dunia mereka,menyanyikan lagu2 zaman kini,asalkn bibir kita sentiasa basah dgn puji-pujian terhadap Illahi..Allah Allah..(terasa seperti menghiris bawang..tsk3)
usahlah kita sibuk mencari dan mendambakan perhatian hambaNya, yg akhirnya hanya kekal sebagai seorang hamba...mengadu dan berkongsilah segalanya kpd Nya..kerna sesungguhnya,



'' Dia mengetahui apa yang ada di langit
dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan 
dan apa yang kamu nyatakan..Dan Allah
Maha Mengetahui segala isi hati..''


- al Taghabun ; 4 -



berbalik kepada soal jodoh tadi, bagi ana, tiada salah nya diri utk bercinta, tetapi islah balik diri kita, 
dan tanyakan kembali, siapa sepatutnya yg patut kita serahkn cinta kita secara total..yg patut berada dlm fikiran kita secara majoritinya..yg sentiasa mendapat perhatian kita secara esklusif...jika kita sudah mendapat cintaNya, insyaAllah sudah pasti Allah akn memberikn kisah cinta yg terbaik dan tidak disangka-sangka oleh kita..suka ana utk berkongsi kata2 dpd seorang akhi, Hafiz Mokhtar, '' Kahwin bukan sekadar nak bina Baitul Muslim, tapi lebih daripada itu. Kita nak bina Baitud Da’wah. Yang kita hajatkan, keluarga kita itu menjadi projektor kepada masyarakat sekeliling dalam mendidik dan mempamerkan keluarga Islam yang Allah redha. Sama-sama kita semua ke arah itu ok? Insya Allah.. :) bak kata ukhti yg sangat ana kagumi, Fatima Syarha, '' perkahwinan bukanlah matlamat cinta..Ia cuma alat utk lebih mudah mendapat cinta-Nya..sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak menghalang seseorang untuk mendapatkan cinta Allah..Dialah sebenar-benarnya hakikat cinta! ''





“sesungguhnya  perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..''

(SURAH AN-NUR : 26)



sesungguhnya yg menulis ini pun penuh dgn khilaf dan lubang2 yg perlu diperbaiki..adapun dgn menulis inilah antara cara utk saling mengingatkan diri masing2...moga Allah redha.. :')
wallau'alam.. 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kerana Allah..

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..