nikmat Tuhan yg mana kamu dustakan..

Dengan nama Allah Tuhan pemilik sekian alam...emm..Alhamdulillah..hati ini terpanggil untuk menukilkan sedikit coretan buat sahabat sahabiah sekalian..coretan yg diharapkan dapat (tidak dapat tidak )memberikn even sedikit kesan di hati pembaca.. (okayy...this is totally skema tahap maksimum..maafkan)

there's a reason that force me to make a move to make a new entri about what actually happiness means..
oh,maafkan ana dek sebarang kesalahan tatabahasa..ana hanyalah pengguna english rojak yg tegar tetapi tidak mahu kalah untuk berbahasa inggeris yg ahsan ..
(peluh kecil menitis)

okay,back to the main road,the reason behind this entri is a words coming from a great daie, 
ABDUL BARY..he said that,


'' when u used your mind to think about the DHUNYA,
it tires and stresses out..when u used it
to remember ALLAH, it rests..''



i'm totally agreed with him as it's really have a deep thought to take note..most of us,emmm..to be honest. memandang kebahagiaan itu dari suatu sudut yg lbh kurang sama yakni dari sudut kebendaan,kejayaan menggondol serta merangkul (okay hiperbola di situ) ijazah,master atau phd yg brgulung2 or even dgn pangkat dunia itu sendiri..hasilnya,kita semua sibuk berhempas pulas separuh oksigen utk mndptkn benda2 di atas..sebab apa? kerna ingin mendapatkn kebahagiaan yg dimomok2kan selama ini which at the end, kita akan menjadi lelah..lelah dek terlalu gelojoh mengejar apa yg dimaksudkan sebagai kebahagiaan duniawi..






yaa..kanak2..eh,silap..ya sahabat sahabiah sekalian..bahagia itu bukan di tangan manusia..tetapi bahagia itu dlm genggaman Tuhan kita..bak kata Dr. Ayidh Abdullah Al- Qarni dalam bukunya, La Tahzan versi mesir (syukran buat sahabat ana atas hadiah ini..senyum) kebahagiaan itu tidak terletak pada zaman atau tempat,tetapi terletak kepada keimanan, ketaatan kepada TUHAN Yang Maha Membalas,dan berada di dlm hati kerana hati adalah subjek penilaian Tuhan..ketika di hati sudah tertancap sebuah keyakinan, maka akan muncul kebahagiaan yg akan mengalirkan kebahagiaan dan keteduhan ke dalam roh dan jiwa..dari situ kebahagiaan akan meluap kpd yg lain..naahhh..mantap sungguh kata2 beliau..(adeh terasa)



apa yang ana nak sarankan di sini ialah kesedaran disebalik makna kebahagiaan itu sendiri..ana mungkin bukan insan yg terbaik utk berbicara mengenai hal ini..tetapi ana juga manusia biasa yang memerlukan bukan nitrogen,bukan carbon diokside tetapi oksigen utk bernafas..oleh itu,pastinya ana tidak pernah terlepas dpd mengidamkan kebahagiaan dhunya seperti mereka yg lain..tetapi,setelah ana islahkn diri, bertanya kan pd diri,adakah benar kebahagiaan yg dicari itu ada pada kebendaan,pangkat atau ijazah?atau memiliki sang suami yg kacak bak eh,errr...maaf kerna sudah jauh menyimpang..ana mencari semua itu tetapi syariat Islam jauh ana ketepikn? atau cinta dan redhaNya ana hanya pandang sebelah mata?Astagfirullahazim..(air mata menitis bak paip yg tak ditutup rapat) kita memberikan 99.99999 % sepenuh usaha dan tenaga kita apabila melibatkan pencapaian dlm kehidupan..kita mampu mujahadah dan istiqamah demi memastikan impian kite tercapai...tetapi apabila tiba hal2 melibatkan agama,kita mengambil mudah segalanya..solat pun ala kadar, asalkan solat..puasa pun tunggu bulan Ramadhan,tidak pd bulan2 selainnya..sedekah pun teragak2 takut2 nanti nak beli koleksi iron man tak mencukupi..(aduhai) tidak kah kita malu mengenangknnya? memang tiada siapa tahu apa yg sebenarnya kita lakukan..banyak mana kita usahakan...ikhlas mana kita niatkn atas suatu kerja..tetapi, sesungguhnya, DIA itu wujud..DIA itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar..malah Allah ta'ala itu Maha Mengetahui apa yg kita pendamkn mahupun luahkn lebih dpd kita sendri..






Imam Ahmad bin Hanbal hidupnya sangat bahagia,sedangkan pakaian putih yg dipakainya penuh dgn tampalan yg dijahitnya dgn tangan sendiri..tempat tinggalnya diperbuat dpd tanah liat yg hanya mempunyai tiga bilik shja..makanannya hanya sepotong roti dilumuri minyak zaitun..imam hanya memakan daging hanya sekali sebulan..imam sendiri banyak berpuasa..imam tidak pernah lelah utk datang an pergi menjelajah dunia dlm rangka mencari hadith..tetapi, imam sentiasa berasa senang,tenang,mantap,hidup tanpa bebanan dan memperolehi ketenangan kerna imam memiliki hati yg kukuh,cita2 yg tinggi,mencari pahala dan redha Allah, meraih imbalan dan beramal utk akhirat dan merindukan syurga...
Allah Allah.. moga kita turut diberi kekuatan olehNya agar dpt menjdi sezuhud imam..aminn (T_T)



jadi duhai sahabat sahabiah yg ana cintai kerna Allah,tanya balik diri kita..apa sebenarnya kita cari2 selama ini..adakah kita ini diberi nyawa oleh Sang Pencipta hanya semata2 utk mencari segala harta di dunia?atau menjadi orang terpintar? tidak sama sekali..



''Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Beribadah kpd KU''  

- Az-Zariyat:56 -



that's..that's our main goal..to satisfy Him...to be His slave..to obey every single things that He ask us to do..everything will become useless if without His blessed..

sedikit pesanan dpd ukhti..

duhai hati,

kuatkan hatimu..
kenapa hati muslim kena KUAT?
kerana muslim ada Allah..
kerana muslim percaya pada Allah..
kerana muslim hanya bergantung harap pada Allah..
dan kerana muslim sentiasa yakin pada Allah..
dan, bila hati ada Allah,

yakin, percaya dan bergantung kepada DIA,

PEMILIK dan PENENTU

segala-galanya,

bagaimana mungkin,

hati muslim begitu rapuh dan lemah?





kredit : tersenyum-melihat-pelangi-

Astaghfirullahalazim.
muhasabah buat diri.. T_T





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kerana Allah..

secantik bidadari..

from heart with love..