“ Seberapa yakin kau pada Tuhanmu ?”
Perihal Hidup,Ujian dan Rasa Mereka kata, hidup ini suatu perjalanan.Perjalanan daripada Tuhan menuju kembali kepada Tuhan . Perjalanan mencari erti hidup yang punya erti. Erti yang membina diri. Bukan sekadar makan,minum,hidup dan mati. Bukan sekadar diri sendiri, tetapi diri seorang muslim sejati. Tetapi satu perkara yang perlu kau sedari, dalam mencari erti hidup sebagai seorang muslim itu bukan sekadar mudahnya saat lafaz alif ba ta atau semudah bilangan satu dua tiga. Tetapi perjalanan yang punyai erti itu perlu dibayar agar kau dapat belajar apabila kau telah rasa. Saat kau terduduk selepas terngadah, terdiam , terpaku kerna ujianNya, saat itu tanya pada jiwa, apakah benar diri dibaluti cinta dan yakin padaNya? Ya aku tidak tahu apa yang kau rasa. Ya aku tidak berdiri pada tempat yang kau ada. Tetapi, tahukah engkau yang aku juga punya cerita? Dan boleh jadi ...