kuat
“
ada ketika ,
sampai satu tika itu
bila aku kata ke Tuhan
bahawa kuat yang Dia berikan,
dah pun habis aku pakaikan
dan saat itu,
bila akhirnya terluah
yang aku tak kuat lagi
dan bila tiada lagi
yang termampu aku buat
selain mencelakakan semua benda yang terjadi
saat itu,
tika itu,
Tuhan,
kau yang tahu apa di hati
tolong,
ajar aku untuk kuat lagi
”
Comments
Post a Comment