Tuhan.


kata,
terlalu banyak kata yang tak terungkap
tetapi begitu petah berbicara di koc minda
sehinggakan tak terkejar hati untuk memahami
lantas menyesakkan tuan punya diri..


sujood,
they said the beauty of sujood is u whisper down to the earth, 
and its heard up in Heavens..
and in sujood,
all the words that is hard to pull it out,
already being said..
but in the form of tears..



 "We all are and will be tested in many ways.
 Successful are those who are patient."




dunia,
tidak lain hanyalah sebagai pentas persembahan hambaNya.
pelbagai watak dipersembahkan.
diolah sesuka hati mengikut nafsu dan kehendak hati.
sedangkan sebelum pementasan,
skrip telah diberi sebagai penerangan watak yang sepatutnya dilayarkan..

berlagak,
lagaknya kau umpama tiada masalah di dalam diri.
tetapi bersarang di benak fikiran dan di sudut hati.
puranya kau umpama sang hero yang hanya tahu menyelamatkan orang
daripada masalah-masalah.
tetapi sebenarnya kau sedang rapuh di mamah masalah.

badan  sedang rapuh.
minda sedang sakit.
hati sedang tenat.


"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, 
untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik"  

- Al Hadid ; 16 -

Untuk setiap luka,air mata,keresahan,cerita dan harapan
 yang tak kesampaian
 yang kau sorokkan,
zahirkan dalam sujud pada Tuhan..
hanya dgn di situ kita ketemu Jawapan..

it's time for the heart to take its vacation with Him..

Comments

Popular posts from this blog

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

mengapa mengeluh (copy pastew from kak madi ^^'' )

kerana Allah..