semoga hati ini kuat..



dengan nama Allah,
pemilik setiap hati dan cinta..


hidup ini adalah pentas..
yang mana disediakan untuk kita olehNya,
untuk menjadi watak yang terbaik..
yang mana watak itu mungkin untuk dipuja,
mahupun untuk dikeji..


Tuhan telah memberikan dua skript 
buat kita untuk dijadikan panduan dalam lakonan..
lalu,pilihan di tangan kita untuk memilih
watak mana yang terbaik buat kita...
dan yang pasti,
walau apa pun pilihan watak kita,
kelak akan ada anugerah sebagai
imbuhan buat segala penat lelah hasil lakonan kita..





namun,
untuk siapa sebenarnya kita berlakon?
adakah semata-mata kerana anugerah di kemudian hari?
ataupun,
adakah semata-mata kita dikehendaki membuat
pilihan untuk memastikan pentas lakonan terus berjalan
dengan lakonan kita..



just to clear thing up,
Allah create us is because of we need to served Him..

'' Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia,
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-KU ''

( Surah az-Zariyat ; 56 )



oleh itu duhai hati,
hendaklah kamu sentiasa memperbaiki niatmu..
agar diri ini tidak lelah dihimpit dengan
tuntutan duniawi semata..
sehingga kamu lalai..!
lalai dengan tujuan sebenar kamu dihidupkn 
di dunia ini..


Ketahuilah ALLAH memelihara jalanNya
Agar disusuri hati yang bersih
Sarat ketakwaan
Merindui wajahNya
Jua keredhaan
Itulah jiwa insan pejuang
Bimbangilah 
Daripada memiliki jiwa munafik
Bertopeng ketaatan…

Tautan Hati; Fatimah Syarha, 2007

Comments

Popular posts from this blog

the craziest gurl that had own my heart..

.jika benar cinta.

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..