andai masih ada esok buatku..

dengan nama Allah,
Tuhan Yang Lembut lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..
it's has been a while since last time i wrote for the new entry..
sibuk..
sangat2 sibuk..
jika dulu daku punya waktu yang sangat lapang..
namun sekarang Allah telah mengambilnya dariku..
penat..
sangat2 penat..
namun itulah hidup yang perlu daku lalui..
seperti yang telah tertulis..




baru sahaja tamatkan exam midterm..
hanya mampu bermohon 
agar diberikan sebaik2 rezki kejayaan dlm menuntut ilmu..
amin ya Rabb..
(air mata mengalir deras) :'(








berkenaan tajuk entry baru nie,
andai esok masih ada buatku..
ya..
jika masih ada esok buatku,
apakah daku masih sama seperti hari ini?
jika masih ada esok buatku,
apakah yang mampu utk daku sumbangkn 
pada agamaku,sahabat2ku,dan dunia ini?
jika esok masih ada...
sudah sedarkah diri ku daripada alpa yang menimpa diri?
daripada nikmat duniawi yang melekakan..?
daripada terus dibelengu dosa yang menghambat diri?



Ya Allah..
ampuni diriku ya Tuhan..
ampunkan lah andai diri ini leka dgn nikmatMu..
ampunkan lah andai diri terus bongkak tanpa tahu bersyukur kpdMu..
ampunkan lah andai diri tidak bersungguh2 dlm jalanMu..
ampunkan lah dosa2 ku yang menggunung tinggi padaMu..





Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).
Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.



Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan”





bantu aku utk terus kekal dijalanMu..
yang hujungnya hanya bermatlamatkan pada
mencari cintaMU dan redhaMU semata..



bangkitlah duhai muslimin dan muslimah..
bangkitlah dari terus terlena dpd dosa yang membelenggu..
sementara masih ada esok untuk kita..


wallaua'lam..





Comments

Popular posts from this blog

the craziest gurl that had own my heart..

.jika benar cinta.

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..