saya ada Dia...



Dengan nama Allah, Tuhan yang penuh dgn kasih sayang..


Ya Allah..
kenapa dengan hati ini Ya Allah..
kosong benar rasanya hati ini..
kembalikan semula semangatku untuk beribadah padaMu Ya Allah..
kembalikn semula semangatku untuk mengaut segala
ilmu yang dimiliki Mu Ya Allah..
mohon dibuang segala perasan malas dlm menuntut ilmuMu..
sentakkanlah aku dpd kelalaian nikmat duniawi Ya Allah..
jadikan lah aku kembali khusyuk dalam 
memenuhi tuntutan dan matlamatku Ya Allah..
penuhi lah kekosongan dihatiku ini dgn rasa cinta padaMu Ya Allah..



duhai Tuhan Yang Maha Lembut..
Kau tampungkanlah kekurangan di dalam diriku
dengan kelebihan mencintai diri Mu Ya Allah..
bantulah aku untuk terus istiqamah dlm 
mencari sinar redhaMu...
bantu aku utk kembali istiqamah dlm bersungguh2
mengejar matlamatku Ya Allah..
bantu aku Ya Allah..
bantu aku..




Adakala aku terfikir..
Kebaikan Allah yang terlalu banyak itu aku balas dengan apa?
Mendabik dada di hadapan Dia?
Ingkar pada perintah Dia yang Dia minta untuk kebaikan aku?
Berburuk sangka dengan apa yang Dia beri dan tetapkan pada aku?
Malunya aku hanya Dia yang faham.
Pilunya aku cuma Dia yang kan tahu.
aku mahu lontarkan segala rasa dan cinta.
Tapi memadaikah untuk membalas segala kurnia?


Merenung tentang perjalanan aku selama ini.
Lalu membandingkan dengan apa yang aku hamparkan buat Dia.
Andai saja sesaat sesudah ini nyawa saya diambil.
Apa yang bakal aku bawa bertemu Dia yang menanti aku? 


Allah. Allah. Allah.
Atas nama cinta.
Ampunkan aku Ya Allah.
Atas segala dosa.
Yang ku mahu cuma.
Sekadar secebis rahmat dan cinta hamba.




Comments

Popular posts from this blog

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

mengapa mengeluh (copy pastew from kak madi ^^'' )

kerana Allah..