Temani aku



There is time you will feels like you wanna run away from eveything
You wanna go as far as you can from all the things in this world
As sometimes this world makes you hardly to breath
Sometimes it also push you to become somebody else
Until it even makes you hardly recognize the real you..
Even at outside it shows such a warm smile,
But inside,
There is full of battles.
Battles..
Of fighting yourself.
will it be someone out there would save me?







Betapa membencikan.
Kerna diri ini penuh lemah.
Penuh compang camping
Tidak mampu melawan serangan-serangan musuh Mu,
Yang mahukan hamba-hamba Mu daripada terus taat
Teguh berdiri
Sehebat Al-Fatih berjihad mempertahankan iman di dada ini.


Acap kali diri ini berbisik..
Tuhan..
Kuatkan aku..
Kerna langkahku ini kerap kali rapuh.
Kadangkala acap kali tersungkur.
Menyembah bumi Mu.
Dalam menangkis segala tangan-tangan yang menarik diri 
Terperosok ,
Jauh ke dalam kancah maksiat yang bertentangan dengan redha Mu.


Kuatkan aku , Tuhan..
Hanya Kau Yang Maha Mengetahui.
Hanya Kau Yang Maha Mengerti.
Hanya Kau Yang Maha Memahami.
Bahawa diri ini ,
Hati ini,
Berusaha sedaya upaya menuruti suruhan Mu.
Menjalankan syariat Mu.






Tuhan..
Pemilik Sekian Cinta..
Bersama jasad ini,
Bersama nafas ini,
Bersama denyut nadi ini,
Akan aku cuba sedaya upaya 
Meraih cinta Mu.
Biar penuh camping.
Biar penuh luka.
Dan aku mohon agar Kau tidak pernah jauh,
Menemani diri..
Biar seperlahan mana Tuhan..
Jangan pernah tinggal aku..
Walaupun diri yang penuh dina ini sering alpa,
Sering leka, hanyut dalam nikmati duniawi yang membencikan namun melekakan.
Kerna tanpa Mu,
Aku..
Musnah..




Comments

Popular posts from this blog

the craziest gurl that had own my heart..

.jika benar cinta.

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..