true feelings





“Hapuslah air matamu dengan berbaik sangka kepada Tuhanmu,

hilangkanlah kebimbanganmu dengan mengingat semua nikmat Allah kepadamu...”  

- Dr. ‘Aidh al-Qarni -



jujur..
hati ini takut..
takut sangat dengan pelbagai kebarangkalian yg bakal berlaku pd masa hadapan..
dengan sakit ini,
aku terus melangkah..
mengharapkan,
agar hari esok akan sentiasa menjadi lebih baik..
meskipun ada masa-masanya aku kalah,
kalah dengan sakit dan lelah yang mehambat diri..
membuatkan ku terjatuh dan tersungkur..




jujur..
aku tidak pernah untuk merasakan tidak redha atas sakit ini duhai Tuhan..
malah,
aku bersyukur atas ujian ini..
meskipun air mata ini selalu mengalir,
meskipun hati ini sakit tika mengetahui diri sudah tidak mampu utk mengejar org lain,
yg jauh berlari mengejar impian dan cita masing2..
tapi,
dengan sakit ini,
aku diajar,apakah maksud mencintaiMu..
aku diajar apakah yg dimaksudkn dengan kesabaran yang Engkau ingin titipkn dlm sanubari ini..
aku diajar untuk bergantung harapan hanya padaMu..
hanya pada MU..







jujur,
sujudkulah yang menguatkan aku, 
kerana aku tahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah,
Allah mendengar setiap rintihan hatiku..
Allah mengerti pedih di qalbuku..
Allah tahu sebenarnya aku masih punya kekuatan untuk bangkit..
ya Rabb, inginku berteleku panjang dalam sujudku..
inginku luahkan segala rasa yang berlagu di hati kepadaMu..

:'(


“Oh Allah, when I lose my hopes and plans, help me remember that your love is greater than my disappointments, and your plans for my life are better than my dreams.”

-Imam Ali ibn Abi Talib r.a -



hanya kpd MU tempat sebaik-baiknya ku bertawakal..









Comments

Popular posts from this blog

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

mengapa mengeluh (copy pastew from kak madi ^^'' )

kerana Allah..