.jika benar cinta.

Dengan nama Allah, Tuhan pemilik sekalian hati serta cinta.kali ni cara tulis agak berbeza.feel like wanna try sth different.dan topik yg nak dikupas lalu dicincang sebelum ditumis di atas kuali (ok,hiperbola di situ)pun agakkkkkk...uhmm..well,frankly speaking memang menjadi perhatian ramai jasad2 yg bernyawa di luar sana

yakni perihal hati,jantung,limpa  alah..pasal cinta ..dan cinta yang ana nk sentuh di sini adalah berkaitan dengan cinta terhadap pasangan yang berlainan jantina.


ramai yang suka,sering,atau mcm dah jadi suatu kewajipan buat dia untuk mengungkapkan kata2 cinta..couple pula dh jadi mcm suatu trend..nasib je tak de saman yg khas utk siapa2 yg tak de couple nie..(ok,mcm mengarut je..sila abaikn..tq)


bagi ana,tidak salah utk kita mempunyai rasa cinta lbh2 lagi trhadap pasangan yg berlainan chromosome nie kerana cinta itu adalah fitrah manusia..bila kata fitrah,bermakna setiap manusia memang tidak dapat lari dpd mempunyai perasaan cinta mencintai..(amboi) dan bagi ana,cinta itu tidak haram sama sekali..yg menjadi masalahnya cara mana cinta itu diolah dan disampaikan..




That’s the real love triangle.
notice how there is no line connecting you and that special person?

well the thing is, you have to reach God first. 

LOVE God so much that you draw closer to Him,
but the thing is… your special person must do the same until
you both reach God, and by God, be connected. 

That’s the real Love Tri angle.



bagi ana, setiap seorang pasti mengidamkan untuk mempunyai sang suami atau sang rama2 isteri yang terbaik..dan yang terbaik dari segi Islam pastinya adalah seorang yang bukan sahaja taat kpd Allah serta mengamalkan sunnah Rasulullah kekasih Allah, bahkan si dia juga pastinya mahu yang terbaik untuk pasangannya..lalu, dia berusaha untuk menuruti perintah agamanya lebih daripada nafsunya..akhlaknya diperelokkan,ibadahnya ditingkatkan,cinta kpd Nya didahulukan..




❝… Apa yang Allah haramkan sebelum kahwin, sekejap saja. Sabarlah sekejap! 

Dah kahwin nanti, yang halal amatlah luas. 

Yang halal lebih indah kerana bernaungkan 

redha Allah …




--Ustazah Fatimah Syarha-





jadi bagi ana,tidak perlu rasanya kita tercari2 akan pasangan kita..memang benar kata orang jodoh itu perlu dicari,tapi kenapa perlu dicari jika diri masih belum bersedia..? SPM masih belum lepas,sudah tergedik2 mncari pasangan..untuk apa? dapat apa? hobi? kepuasan diri? takut diri dikatakan ketinggalan jika tidak mempunyai kekasih? jika benar engkau katakan TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, DAN RASULULLAH ITU PESURUH ALLAH, pastinya engkau tidak akan mensia2kan masa dan cintamu hanya pada sesuatu yang belum pasti..




“Sudah sepantasnya kita malu pada Allah tentang rasa cinta yang tak halal untuk dirasa,
Tentang angan yang tak pantas dibayangkan
Karena semua itu adalah sebuah pengkhianatan padaNya dan juga seseorang yang kini sedang menjaga hatinya untukmu.”
“Ketahuilah disana ada insan yang setia menundukkan pandangannya, yang menghijab hatinya, yang menunggu dengan mengisi harinya penuh doa terbaik untukmu.
Ia tak pernah inti mengenalmu sebelum halal atasmu 
Karena dengan itu ia menjagamu,
Maka dengarkanlah wahai saudaraku, tak inginkah kau menghargainya dengan berbuat seperti apa yang ia perbuat untukmu? Menundukkan hati dan pandanganmu untuknya sampai tiba saatnya”




jadi..jika benar cinta,lihat terlebih dahulu sama ada cinta itu mendekatkan diri padaNya atau menjauhkan diri dpd Nya..cinta yang apabila kita cinta pada seseorang itu samada diluah atau dipendam   membuatkan cinta kita kp Allah semakin bertambah..makin rajin kita bangun utk tahajud malam..makin rajin kita baiki diri..makin rajin kita istikharah..makin sayang kita pada Allah..makin kita dekat pada Allah..mamin kita rasa bersyukur pada Allah..bagi ana itu adalah sebaik2 cinta..ingat dia, ingat Dia..tapi ingat lah Dia lebih daripada dia..




Islam ini memang sendinya adalah cinta.
Tetapi, bukan hanya cinta antara pasangan berbeza saja yang menjadi asas dalam membangunkan Islam.

Cinta kepada Allah, juga adalah cinta.
Cinta kepada Rasul, juga adalah cinta.
Cinta kepada ibu bapa juga adalah cinta.

Orang yang hanya sibuk-sibuk dengan cinta berlainan jantina tetapi mengabaikan cinta kepada Allah adalah orang yang telah meruntuhkan sendi-sendi Islam itu sendiri.
Sebab itu, sebelum terjun ke lautan cinta sesama manusia, pastikan kita sudah siap memasang kelengkapan cinta kepada Allah
pada jiwa kita. Biar tidak tenggelam kelemasan berenang di lautan cinta sesama manusia.

~Afdholul Rahman of LangitIlahi~








bohong la jika diri ini sendiri tidak pernah dicuit rasa cinta,namun tika aku meminta yang baik,daku berfikir sudah cukup baikkah diriku?
bahkan..ketika diri ini mendambakan yang soleh,
bergetar seluruh tubuhku sambil berfikir panjang,
sudah cukup solehahkah diriku? :'(
oleh itu,duhai hati..bersabarlah..kerna cintaNya itu lebih nikmat
buat kita..


Comments

  1. nice cerite pasal cinta...tapi anti pernah dengar couple islamic???

    maybe satu perkara yg ana nak tambah, ade sesetengah org islam yg bercinta sebelum kawin or couple dengan diberi alasan krn Allah...ape pendapat anti...?

    Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan. Adalah yg terbaik cinta selepas kawin...:-)

    Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika bercinta.


    Lepas kahwin nanti luahkanlah cinta pada pasangan masing2…cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna! Lagipun, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah insyaAllah akan lebih diberkati Allah. Permulaan yang diredhai oleh Allah, insyaAllah akan dpt ganjaran disisi Allah.

    ~pakcik aman~

    ReplyDelete
  2. syukran 4 ur visited pakcik aman..:)

    emm..brckp mngenai couple islamic yg mne skrg org dok ckp2 or ikutkn skrg..
    tp sblm tu,ana nk ckp,ana bkn lah org yg plg layak utk brhujah mngenai hal ni..it's just this is only come as my honest opinion..
    couple islamic ni brbeza tafsiran nya mengikut tafsiran individu masing2..
    jika kite kata kita brcinta kerana Allah,tp melambat2kn perkahwinan dan xberusaha utk memelihara, whats actually is that?
    dlm Islam,tiada istilah couple digunakan..
    yg ada hnya sepasang suami isteri..
    bila kita kata suami isteri,maknanya sudah ada ikatan yg sah..
    bila kita couple dan kita gunakn Allah sbgai alasan utk meneruskn percintaan tu,bg ana itu tdk patut..sbb bg ana jika benar kita mencintai seseorg tu,pasti nya kita nk bwk dia sama2 dgn kita ke syurga..
    tp slagi mana kita brcinta tanpa ikatan yg sah,
    xmustahil kita akn trdedah kpd seribu satu muslihat syaitan utk mnarik manusia ke arah dosa..sbb tu Allah kata jgn dekati zina..
    dan antara cth2 yg boleh mmbwk kita ke arah nya ialah melalui couple itu sndri..
    sbb kita hnya makhluk,bkn Nabi yg ckup kuat utk melawan nafsu kita..
    tp mcm ana ckp kat post ni,cinta itu tidak haram..
    tp yg mnjdi masalah nya ialah cara mana dia disampaikan..
    jdi,klu benar cinta,tak perlu utk bercinta lama2 atau couple lama2,wlpun mgkin ada yg ckp kita couple gn dia sbb nk bimbing dia ke arah yg lebih baik,or tkut nanti dia ade org lain amik..
    kita kena ingat yg jodoh itu Allah yg tentukn..
    jdi selagi mana kita belum ade ikatan yg sah dgn dia,slgi tu belum tentu dia adalah jodoh kita..
    sbb tu ana kata,kalau btul cinta,jika dh brsedia,masuk minang..kalau belum,sabar lah,,pendamkn aja...sbb Allah itu Maha Mengetahui..baik apa yg diluahkn mahupun yg dipendamkn..yakin dgn jodoh yg Dia dh tetapkn..

    Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah. (QS. 51:49)

    :) wallahua'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jwpn yg cukup memuaskan...ana bersyukur dgn Allah dpt kenal anti, wlpon lmbt kite kenal...:-)

      satu perkara yg ana pegang selama ni untuk mengganti hati yg ingin bercinta dgn pompuan sbb diri ana belom bersedia utk meminang mana2 pompuan (x kerja lagi, xde duit sndiri, hehe), jadi perkara itu ialah dekati sahabat2 muslimin, buat usrah dgn diorang yg mendekatkan diri dgn Allah...:-)

      Alhamdulillah, usrah tunjang tarbiyyah...usrah dpt mendidik diri kite supaya jadi lebih baik...insyaAllah

      Delete
  3. insyaAllah..
    bercinta lah dgn Dia,
    nescaya kekosongan tu insyaAllah pasti terisi..
    just wanna say that,jgn risau psl rezki sbb
    bnda tu semua dh ditetapkn..
    wlpn aman kata xde duit etc, tp sbnrnya
    dgn brkahwin tu sndri pembuka kpd rezki yg lain..
    bak kata imam hassan al banna,
    kerna aku yakin rezki aku telah ditetapkn,
    oleh itu aku tenang menghadapinya..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betol3, terima kasih krn mengingatkan ana pada tokoh yg ana kagumi imam hassan al-banna, pengasas jemaah ikhwan di mesir...:-)

      ana teringin nak pergi ke mesir sbb ana nak mendalami ilmu agama dengan sahabat2 jemaah ikhwan di sana. Tuk pengetahuan anti, ana seorg ahli jemaah dalam sesuatu jemaah di Malaysia. Anti nak tahu sbb ape ana masuk jemaah? sbb Imam hassan al banna pernah berkata dlm buku nye ( x ingt buku ape) selagi mana belom tertegak nye khilafah islamiah untuk keseluruhan negara islam, selagi itu kewajipan berijtima' dlm jemaah hukumnya adalah wajib bagi setiap muslim.

      Jadi ana masuk jemaah di Malaysia yg paling menghampiri kesempurnaan jemaah yg dibentuk oleh Rasulullah saw. Kite tahu jemaah yg paling sempurna ialah jemaah rasulullah, tu sbb nye kite kena tahu jemaah2 yg ade di malaysia supaya kite boleh nilai yg mne terbaik tuk diri kite utk kite berijtima' dlm jemaah tersebut. Mesti anti tertanye2 kan jemaah ape yg ana masuk? ana bagi hint, jemaah yg ana masuk ni ialah jemaah yg satu2 nye diiktiraf di Malaysia oleh jemaah ikhwanul muslimin di mesir yg memperjuangkan dan menegakkan islam mengikut sunnah rasulullah secara keseluruhannya dengan 3 teras utama dlm membentuk negara islam iaitu tarbiyyah, dakwah n siasah...:-)

      Delete
  4. masuk la apa jua jemaah asalkn ia sntiasa brtunjangkn Quran dan sunnah Rasulullah..
    tp suka utk ana egtkn,tak guna kalau kita msuk jemaah byk mana pun tp segala ilmu yg diperolehi tidak diamalkn..
    atau tidak dikongsikn..
    sampaikn lah amanah Rasulullah..
    hidupkn lah sunnahnya selagi termampu..
    peringatan utk diri ana jua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

mengapa mengeluh (copy pastew from kak madi ^^'' )

kerana Allah..