the strong person..



setiap manusia pastinya akan sentiasa berusaha
untuk mempertingkatkan diri mereka masing2..
dari segi kewangan,peribadi,
cara hidup,level hidup kita,,,
dan pastinya hubungan kita dgn Yang Maha Esa..


aku mendambakan cintaNya lebih dari yg lain..
namun kadang kala,
dalam usaha mencari cintaNya,
aku sendiri terkeliru dgn banyak benda..


aku manusia...
yang fitrahnya dilengkapi oleh pelbagai perasaan...
perasaan takut,
perasaan cinta,
perasaan lemah,
perasaan malas.
kadang kala juga aku terasa penat..
penat untuk mengawal perasaan mana yg 
patut lebih dan mana yg patut kurang..


tetapi yang pastinya,
tanggapan orang terhadap diriku,
sememangnya menjadi punca utama mengapa
hati ini penat,penat utk melayan kehendak duniawi..
sedangkn, yang paling utama dan yg paling penting
ialah tanggapan Allah ta'ala terhadap diriku..


aku mempunyai hati yg sangat lembut..
dan perasaan takut sering kali menyelubungi
hati ini taktala memikirkan 
akan ujian2 yang akan mendatang di masa hadapan...
as we know,
ujian itu Allah berikan sebagai cara
untuk mendifferentiatekn level mana
yang patut kita berada di sisiNya...
makin hebat dugaan diberi,
maka tandanya Allah syg akan kita..
tapi untuk mendapat cintaNya,
segala dugaan perlu diharungi dgn tabah..



atas dasar itulah aku begitu takut..
takut2 diri ini akan terduduk,
atau lebih dasyat,sehinggakn tersungkur barangkali
taktala ujian datang menyapa..
perasaan ragu2 seringkali menetap di hati ini..
adakah aku mampu mengharunginya 
dengan penuh keimanan kerna diri ini
acap kali terlalai dek keasyikan duniawi?
or i will face it with full of frustation 
yang pada akhirnya we got nothing as we keep complaining..
kadang kala kita tidak sedar yg diri kita sentiasa mengeluh..
*nauuzubillahiminzalik*
dan hanya dgn sebenar2 imanlah
seseorang itu mampu mengucapkan alhamdulillah
bila masa dirinya ditimpa musibah..



tetapi harus diingatkn bahawa,
jika mana kita merasakan sesuatu ujian itu terlalu berat untuk dipikul,
ingatlah kata2 Nya,


“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1



dan ketahuilah bahawa,


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7



aku tahu,
akan ada tiba masanya nanti,aku akan mengatakan,
Ya Allah sungguh berat dugaan ini terhadapku...
dan akan ada tiba masanya nanti,
aku akan menanyakan mengapa Kau menguji
aku dgn sebegini hebatnya dugaan Mu,
namun moga2 kata2 ini akan mampu mententeramkan jiwa ini..



“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.


moga2,diriku dan dirimu
akan sentiasa tabah dalam mencari keredhaanNya..
insyaAllah..
dan ingatlah wahai hati,
tika mana kamu merasakan sunyinya akan dirimu,
akan sentiasa ada Dia yg menemanimu..
tika mana kamu kehilangan sesiapa untuk mengadu nasib,
masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
oleh itu,janganlah dikau takut dan bersedih hati,
 kerana DIA sentiasa bersamamu…


“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45


Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
kerana kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…


wallahu'alam...




Comments

Popular posts from this blog

dan kerana Tuhanmu,bersabarlah..

mengapa mengeluh (copy pastew from kak madi ^^'' )

kerana Allah..