Posts

Showing posts from January, 2013

“Setiap orang, Akan ada sesuatu yang dia simpan. Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, Segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya, Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis. Pasti ada. Kerana dia juga manusia. Makanya, Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui, Dan hanya kamu yang mengerti, Kamu silap, dan kamu salah. Ada orang lain yang pernah melaluinya, Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. Ada. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap, Bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji, Paling berat diduga. Ada. Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya. Sudahlah, kesat air matamu, Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk hatimu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu. Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.” ( tersenyum-melihat-langit)

Image
jangan pernah lelah dalam ujianNya.. ya,ada masa-masanya kita akan rasa sudah cukup lelah dgn dugaanNya.. seperti hati ini sudah tidak mampu menanggung deritaNya.. tetapi sedarlah wahai sahabat,  “ Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan ke sanggup annya ”  - al-Baqarah:286 -   pernah ku khabarkan pada mu duhai sahabat, bila mana seseorang itu menyatakan bahawa 'aku beriman padaNya', maka dia pasti tidak akan terlepas dpd ujianNya.. dan kerna Dia telah menyediakan sebaik2 balasan yakni syurga yang terlalu hebat nikmatnya.. buat hambaNya yang dikasihi.. dan pasti, syurgaNya bukan utk orang2 yang lemah.. oleh itu,Dia mengaturkan ujian demi ujian.. agar diri ini bertambah kuatnya kebergantungan pd Illahi, agar diri ini bertambah tingginya kepercayaan pd Illahi, agar diri ini bersih dari segala noda dosa bila bertemu dgn pemilik Arasy yg tertinggi.. yakinlah pada peraturanNya.. bersabarlah atas ket...