Posts

Showing posts with the label surah

if, we know the benefits behind it..

Image
THE BENEFITS LIE BEHIND IT.. SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat) Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat” SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat) Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk” Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar. SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)   Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata: “Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya ditu...

7 Perkara menyebabkan hati mati

Image
Saidina Umar telah berkata  " 1- Siapa banyak ketawa maka kewibaannya sedikit. 2- Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain. 3- Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu. 4- Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya. 5- Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu. 6- Siapa sedikit malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya. 7- Siapa sedikit  sifat warak, maka hatinya akan mati . ". Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.  M/S : 208 reblog from peribadiRasulullah

10 Jarum Syaitan dan 10 penawar

Image
reblog from peribadirasulullah 1- Tamak, rakus dan  buruk sangka- Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa. 2- Panjang angan-angan-  Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita. 3- Keinginan untuk beristirehat dan nikmat- Penawarnya adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan hisab di hadapan  Allah SWT amatlah berat. 4- Ujub dan bangga diri- Penawarnya adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT menyenaraikan kita diantara mereka yang beruntung atau pun kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi. 5- Meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka- Penawarnya adalah kita wajib menghormati  mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapa pun. 6- Hasad dengki- Penawarnya adalah kita wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT A...

10 sifat individu muslim

Image
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism) Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.” Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan. 2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq) Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya ...
Doa mengelak dari lupa:  اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا،  وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا  Maksudnya:  “Ya Allah, tambahkanlah buat kami  jangan  Engkau kurangkan,  muliakanlah kami jangan dihina,  berilah buat kami jangan  ditahanny a,  dan pilihla h kami jangan Engkau biarkan ,  dan redhailah kami  dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)  Doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai  menerima wahyu..  Justeru, digalakkan membaca doa ini sebaik  sahaja mendapat ilmu  agar terus tersemat dalam minda & dijauhi penyakit lupa

duhai Tuhanku...

Image
Ya Allah...  lindungi kami dari maksiat yang menyesatkan,  dari kesombongan yang menyelimuti hati kami,  dari rasa rakus yang menguasai  jiwa kami Ya Tuhan kami..  Ya Rabb, Kami mohon penjagaan-Mu ya Allah  agar setiap langkah,  perbuatan dan ucapan kami  tetap di jalan yang Engkau redhai.. sesungguhnya hanya kepadaMu tempat kami memohon pertolongan.. amin Ya Rabb..

peliharalah hati mu..

bismillah.. salam alaik.. dalam seharian kita meniti hari yg tak pasti ini, hati kita psatinya sentiasa berdepan dgn 'battle' hati.. di mana tiap kali hati ingin menjadi baik, pastinya akan dihalang dgn pelbagai dugaan.. hati yg dahulu nya putih bersih, telah berubah warnanya dek kerana palitan pelbagai unsur2 mazmumah.. oleh itu, sentiasa lah muhasabah kan diri, agar hati kita sentiasa berada dlm keadaan putih bersih, sesuci hati miliknya seorang anak kecil.. wallau'alam.. Berikut beberapa panduan oleh Imam Al-Ghazali bagaimana mengelakkan hadirnya sifat sombong di dalam hati. Pertama Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. Kedua Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. Ketiga Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita ...

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud

Image
Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud By  Cherry Blossom  on  June 11, 201 1 copy paste from iluvislam Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku. “Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum! “Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!” “Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1] “Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.” “Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai ses...